Sistem Pengurusan Bisnes Anda

Klik di sini : http://www.sistempengurusanbisnes.com/hop.php?ref=marinaramlan

Thursday, 20 December 2012

YEAR END SALE !!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Jemputla tengok gambar2 di bawah, kot ada yang berkenan boleh la grab 1... heee! 


SELENDANG HALF MOON
Selendang chiffon lembut dan terletak... senang nak di lilit senang nak match dgn baju corak, simple and sweet Half Moon sulam tangan dan manik. =) PRICE : RM 60 only..(include postage) ===== 
(harga terendah di pasaran.!! Market price RM80++) ====

HM003

 HM005


TUDUNG CHIFFON  2 LAYER

RM 20.00 JE ~

A 01


 A 02


A06



Tudung Chiffon 3 Layer Tone

E 03


E04
  
E06

E 08


BAWAL 3 TONES

RM 14 





BAWAL PRINCESS & MANIK BUNGA

RM 20 





Boleh juga tengok di fanpage facebook saya - Erina Collection  @
https://www.facebook.com/pages/Erina-Collection/416025458465430

Monday, 8 October 2012

Doa Murah Rezeki & Amalan



Jujurnya, saya memang copy Amalan dan Doa Murah rezeki ini sebab saya takut nak ubah atau tambah berkenaan agama ni. Bahaya sebab saya tak cukup ilmu. Mohon diampunkan amalan copy dan paste saya yang ini. Tapi,rasanya berkongsi benda baik tak ada salahnya kan? Kalau korang nak copy entry ini pun boleh.
Amalan dan Doa Murah Rezeki
Baca surah Al-Waqiah setiap malam
doa-murah-rezeki
Baca Surah Al-Ikhlas
doa-murah-rezeki
- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al ‘Ummal, Mu’jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas’ud: Muj’ma al- Zawaid
doa-murah-rezeki
doa-murah-rezeki
doa-murah-rezeki
doa-murah-rezeki
Sabda Rasulullah SAW: ” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu’azbin Jabal: Maj’ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
doa-murah-rezeki
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)… (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
doa-murah-rezeki
Moga perkongsian Amalan dan Doa Murah Rezeki ini bermanfaat. Mudah-mudahan berkat rezeki yang diterima. Amin

Wednesday, 3 October 2012

SIMPANLAH EMAS WALAU 1 GRAM :)

Sekarang banyak orang bercakap pasal emas. Pelbagai isu timbul mengenai emas, ada yang pajak gadai, ada skim ar rahnu, pelaburan dan jual beli. Senang cerita macam-macam ada dengan emas.
Tapi secara umumnya yang kita tahu dengan emas ialah benda yang berharga. Betul x?? betul kan..;))

Saya sendiri sebenarnya tidak la ambil kisah dengan emas ni, tapi apabila hendak kahwin si bakal suami hendak beli cincin, baru la saya tahu yang harga emas itu sebenarnya MAHAL. Pada masa itu (tahun lepas 2011) harga emas 1g - RM 162 lebihkurang la, sekarang berapa? haa.... dekat 200 gak la rasanya. Apa akan jadi masa akan datang? Sudah tentu harga nya akan naik lagi.

Oleh yang demikian, belilah emas dan simpanlah untuk hasil yang lumayan di masa akan datang. 
Lihat gambar dibawah, GCP Gold Jewellery, bukan saya punya emas, gambar dari mereka, hee! saya beli baru 2 gram je - RM 446 bersamaan 1gram = RM 223.
Esok lusa berapa pula harganya kita tidak tahu.


Ada yang berminat dengan emas seperti gambar di atas?
 Hubungi saya di talian 013-4034468
Email saya marina_ramlan@yahoo.com

4 Tahap Mendidik Anak Ikut Sunnah Rasulullah


Semoga para ibu bapa dapat sedikit info untuk mendidik anak-anak dalam kehidupan kita ini. 
Selamat beramal..;))

Tuesday, 25 September 2012

Baby Susu Ibu

Setelah 6 bulan bergelar ibu, asyik mencari info berkaitan baby je la.  Post kali ni berkenaan bayi yang menyusu susu ibu, banyak kebaikan susu ibu kan. Tengok gambar dibawah sudah cukup kita mengetahuinya.     


Ada banyak lagi kelebihan susu ibu, antaranya ialah : 

  1. Mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)
  2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).
  3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
  4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).
  6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.
  7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).
  8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.
  9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkanperkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.




Sunday, 23 September 2012

Demam Kuning (Jaundis Neonatal)

Lebih kurang 2 minggu jugak Naufal kuning, hari2 kena pergi klinik untuk check darah. 


Apa yang nurse selalu pesan ialah :

* Jangan makan jamu @ makanan yang berempah seperti lada hitam, halia dan sebagainya. Sebab benda tu panas, apabila menyusukan baby panas tu pergi la ke baby.... 
* Setiap 2 jam mesti kejutkan baby untuk menyusu, ini kerana apabila dia banyak menyusu maka banyaklah dia membuang, so keluar la panas dalam badan dia tu.. 
* Jangan jemur baby, sebab sekarang punya cahaya matahari x macam dulu2... 


Pesanan orang2 tua pulak  :

* Jangan pakaikan baju warna kuning, senang cerita segala yang berwarna kuning jangan dekat pada dia lah.. hehehee!!
*  Mandikan dengan air inai.
* Bagi susu kambing (ikutkan doktor x boleh tau..)
* Bagi minum serbuk mutiara (haa..yang ni kena cari dekat kedai tabib cina.)

Hari terus berlalu hinggalah ke hari 15 check up di klinik kesihatan, nurse cakap Naufal masih ada kuning dan terpaksa rujuk ke doktor pakar. Temujanji pun diuruskan oleh nurse tu, kemudian pergi la berjumpa pakar, kena ambil darah 3 botol... (kecik je...hee!) dan urine test (lama gak nak suruh baby tecin..hee!). Selepas siap nurse pun suruh balik dan dia bagitau jika keputusan darah dan urine test bermasalah dia akan call, jika x call maka tiada masalah la dengan keputusan darah dan urine test tu. 




Beberapa hari kemudian memang dapat call dari hospital, dia suruh datang lagi untuk urine test sebab macam ada sedikit kuman dalam tu, tapi x pasti samada kuman tu mmg dari urine @ dari bekas plastik tu. So, pergi la semula dan buat lagi. Selepas tu nurse cakap benda yang sama kalau ada call memang ada masalah, jika takde maka takde la masalah... Alhamdulillah tiada pun dapat call dari pihak hospital, maknanya Naufal sihat & normal, x yah la pergi ke hospital lagi. yeay~

______________________________________________________________________

Sedikit Info mengenai Jaundis. Baca la ye ;)~


Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.
Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.

Punca-punca Jaundis yang lain termasuklah:

  • Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  • Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
  • Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
  • Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
  • Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
  • Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
  • "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Komplikasi Jaundis

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus)
Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan. Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Rawatan Jaundis

Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.
Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis. dimana ia senang di kumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.
Rawatan penukaran darah akan di lakukan apaabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tlnggi iaitu melebihi 340 micromol/L, walaupun telah diberi rawatan 

16 Fakta Tentang Baby Yang Baru Lahir





  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
  • Saturday, 22 September 2012

    Kelahiran


    Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.... pada jam 1.00 pagi adanya tanda2 seperti hendak bersalin, tapi x de la sakit sangat masa tu, walaubagaimanapun aku terus dibawa ke hospital oleh suamiku dan ditemani oleh emakku. Dipendekkan cerita, lebih kurang jam 2.00 pagi  sampainya di hospital, aku berjalan sendiri masuk ke dalam pintu oren tu untuk mendapatkan jururawat yang ada disitu. Kemudian dengan lemah lembutnya aku disoal selidik oleh jururawat yang bertugas pada malam itu, macam2 soalan yang diajukan. Sy pun jawab la dengan biasa2 je. sebab x berapa sakit sangat lagi mase tu, dan sy disuruh sign pada borang yang telah diisi oleh jururawat tu tanda setuju apa yang disoalkan.
     Kemudian saya disuruh tukar pakaian, so tukar je la. baju pink bawah ni la....;)


    Gambar ni diambil oleh si suami semasa sy ingin menghantar barang beharga dan ingin mengambil beg barang baby untuk di bawa dalam labour room. Masa ni macam-macam perasaan yang ada, takut, resah, risau, gembira pun ada, dan macam2 lah.. Tapi paksa senyum supaya x risau orang yang tersayang menanti di luar..heee~ 

     Selepas itu saya diperiksa dan disuruh baring di katil sementara menunggu waktu nak bersalin. Bergilir-gilir la doktor dan nurse datang check keadaan saya dan baby dalam perut.
    Tepat jam 5.00 pagi saya semakin tidak tenteram, perut kejap2 mengeras dan rasa nak muntah, saya pun angkat tangan dan bagitau pada nurse tu cakap saya nak muntah.. nurse pun bagi bekas untuk muntah, akhirnya muntah gak la tapi sikit je..heee~ Nurse tu panik gak la, dia kata kalau nak muntah tu tanda dah nak bersalin, saya diperiksa dan rupanya memang betul la nak bersalin dah....
    Saya dipindahkan ke labour room, huuuuuu....peluh2 lah saat nie, sakit lain macam.... bergilir2 nurse datang nak sambut baby.. heee~ akhirnya, pada 6.50 pagi baby ku berjaya keluar dengan selamatnya.

    Alhamdulillah Syukur Pada MU Ya ALLAH...... 
    Air mata mengalir di pipi melihat kurnian dari Nya.....


    Inilah dia baby boy saya. Berat 3.09 kg. Sama kan macam muka ibu dia.. ehee~
    Jam 9.00 pagi - Saya dan baby di hantar ke wad. Keluar dari pintu wad bersalin, kelihatan suami dan emak sedang menungguku. kesiannye mereka, tunggu lame kan, mesti x tidur menunggu di sepanjang malam hingga ke pagi. sobb..sobb..sobbb......
    Sayang Sangat......<3 <3 <3 ~


    Ayah dan baby.... terharu ke tengok anak awak tu yah?
    Semoga menjadi ayah yang mithali ye... eheee~

    Masa untuk balik ke rumah.... baby baring di pangkuan nenek, sayang x nampak gambar nenek.. hee! 
    Selamat Datang Sayang....

     Mmmmm.....sebelum balik doktor ada bagitau yang baby ada kuning sikit, so kena la check up kat klinik kesihatan, hari2 la berulang ke klinik untuk check darah. 2 minggu gak la berulang check up. Hinggalah berjumpa dengan pakar kanak2, check darah dan air kencing.. Alhamdulillah ok je, lepas tu x de la berulang ke klinik lagi. Lama-lama hilang sendiri kuning tu.

    Tapi macam2 jugak yang kami usahakan untuk hilangkan kuning tu. dari petua orang tua2 sampailah ke tabib cina. insyaAllah next post saya akan up pasal petua2 untuk kurangkan demam kuning pada baby okey! semoga berjumpa lagi pada next post! wassalam...




    My pregnancy

    Muke yang tah pape... mase ni awal2 pregnant, rase lemah badan dan tidak bermaya...
    tak sedap mulut, perut dsb.... semua x lalu makan... tapi paksa makan sbb takut memudaratkan lak...
    kena lak mase tu pada bulan puasa, mmg turun la berat badan... time berbuka makan sikit je, kalau x kena pada tekak, mau keluar balik apa yang dimakan...


    Hari berlalu dan terus berlalu, perut pun semakin membesar.. selera yang pada awalnya tiada, tetapi pada tengah dan akhir kehamilan selera pun semakin bertambah, nak saje makan.. kalau dulu roti canai makan sekeping je dah kenyang, tapi sekarang mesti double... sedap wooo~ 
    Tapi x pe kan, untuk ibu 1 dan baby dalam perut 1... hehee!!


    Due date ialah pada 25 Mac 2012 - check up setiap 2 minggu sekali sbb ade masalah sikit....
    Masalah darah cair/kurang darah - (anemia)
    So, kena la makan makanan yang tinggi zat besi & yang boleh meningkatkan darah, kerang,hati,bayam,kangkung & sayuran hijau yg lain... ulang2 makan benda yang sama.. Di samping kena makan obimin setiap hari.. aduhai.... makan jugalah kerna terpaksa.....
    Untuk baby ibu gagahi juga...eheee~




    Perkahwinanku

    1 Mei 2011 - aku dan dia di ijab kabul..
    Majlis pernikahan dijalankan sederhana je, 2 minggu kemudian baru la majlis besar-besaran (x la besar mana pun, biasa2 je... ajak orang kampung, sedara mara & kenalan). Warna tema ialah putih & hitam... (taik cicak la kot..)


    Selepas acara majlis ijab kabul selesai, kitorang pun pergi la outdoor....;))
    kat mana? aa itu dia........
    kat menara jam condong Teluk Intan.. 20 minit je dari rumah... 



    Aha.... Ini la dia... 14 Mei 2011 - majlis persandinganku di rumah kampungku.. warna tema hijau muda & putih.. cantik kan? ehee...




    Baju merah & putih ni lak, majlis persandingan di rumah kampung suamiku... Majlis berlangsung pada 
    21 Mei 2011 - seminggu selepas majlis di rumahku.... cantik jugak kan? hehee.... bole la~ hee


    Selepas itu kehidupan berumah tangga pun bermula.. Rutin harian berjalan seperti biasa, pagi pergi kerja petang balik rumah.... Cuti balik kampung ataupun jalan2...... ;))