Sistem Pengurusan Bisnes Anda

Klik di sini : http://www.sistempengurusanbisnes.com/hop.php?ref=marinaramlan

Sunday, 23 September 2012

Demam Kuning (Jaundis Neonatal)

Lebih kurang 2 minggu jugak Naufal kuning, hari2 kena pergi klinik untuk check darah. 


Apa yang nurse selalu pesan ialah :

* Jangan makan jamu @ makanan yang berempah seperti lada hitam, halia dan sebagainya. Sebab benda tu panas, apabila menyusukan baby panas tu pergi la ke baby.... 
* Setiap 2 jam mesti kejutkan baby untuk menyusu, ini kerana apabila dia banyak menyusu maka banyaklah dia membuang, so keluar la panas dalam badan dia tu.. 
* Jangan jemur baby, sebab sekarang punya cahaya matahari x macam dulu2... 


Pesanan orang2 tua pulak  :

* Jangan pakaikan baju warna kuning, senang cerita segala yang berwarna kuning jangan dekat pada dia lah.. hehehee!!
*  Mandikan dengan air inai.
* Bagi susu kambing (ikutkan doktor x boleh tau..)
* Bagi minum serbuk mutiara (haa..yang ni kena cari dekat kedai tabib cina.)

Hari terus berlalu hinggalah ke hari 15 check up di klinik kesihatan, nurse cakap Naufal masih ada kuning dan terpaksa rujuk ke doktor pakar. Temujanji pun diuruskan oleh nurse tu, kemudian pergi la berjumpa pakar, kena ambil darah 3 botol... (kecik je...hee!) dan urine test (lama gak nak suruh baby tecin..hee!). Selepas siap nurse pun suruh balik dan dia bagitau jika keputusan darah dan urine test bermasalah dia akan call, jika x call maka tiada masalah la dengan keputusan darah dan urine test tu. 




Beberapa hari kemudian memang dapat call dari hospital, dia suruh datang lagi untuk urine test sebab macam ada sedikit kuman dalam tu, tapi x pasti samada kuman tu mmg dari urine @ dari bekas plastik tu. So, pergi la semula dan buat lagi. Selepas tu nurse cakap benda yang sama kalau ada call memang ada masalah, jika takde maka takde la masalah... Alhamdulillah tiada pun dapat call dari pihak hospital, maknanya Naufal sihat & normal, x yah la pergi ke hospital lagi. yeay~

______________________________________________________________________

Sedikit Info mengenai Jaundis. Baca la ye ;)~


Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.
Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.

Punca-punca Jaundis yang lain termasuklah:

  • Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  • Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
  • Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
  • Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
  • Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
  • Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
  • "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Komplikasi Jaundis

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus)
Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan. Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Rawatan Jaundis

Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.
Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis. dimana ia senang di kumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.
Rawatan penukaran darah akan di lakukan apaabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tlnggi iaitu melebihi 340 micromol/L, walaupun telah diberi rawatan 

No comments:

Post a Comment