Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.... pada jam 1.00 pagi adanya tanda2 seperti hendak bersalin, tapi x de la sakit sangat masa tu, walaubagaimanapun aku terus dibawa ke hospital oleh suamiku dan ditemani oleh emakku. Dipendekkan cerita, lebih kurang jam 2.00 pagi sampainya di hospital, aku berjalan sendiri masuk ke dalam pintu oren tu untuk mendapatkan jururawat yang ada disitu. Kemudian dengan lemah lembutnya aku disoal selidik oleh jururawat yang bertugas pada malam itu, macam2 soalan yang diajukan. Sy pun jawab la dengan biasa2 je. sebab x berapa sakit sangat lagi mase tu, dan sy disuruh sign pada borang yang telah diisi oleh jururawat tu tanda setuju apa yang disoalkan.
Kemudian saya disuruh tukar pakaian, so tukar je la. baju pink bawah ni la....;)
Gambar ni diambil oleh si suami semasa sy ingin menghantar barang beharga dan ingin mengambil beg barang baby untuk di bawa dalam labour room. Masa ni macam-macam perasaan yang ada, takut, resah, risau, gembira pun ada, dan macam2 lah.. Tapi paksa senyum supaya x risau orang yang tersayang menanti di luar..heee~
Selepas itu saya diperiksa dan disuruh baring di katil sementara menunggu waktu nak bersalin. Bergilir-gilir la doktor dan nurse datang check keadaan saya dan baby dalam perut.
Tepat jam 5.00 pagi saya semakin tidak tenteram, perut kejap2 mengeras dan rasa nak muntah, saya pun angkat tangan dan bagitau pada nurse tu cakap saya nak muntah.. nurse pun bagi bekas untuk muntah, akhirnya muntah gak la tapi sikit je..heee~ Nurse tu panik gak la, dia kata kalau nak muntah tu tanda dah nak bersalin, saya diperiksa dan rupanya memang betul la nak bersalin dah....Saya dipindahkan ke labour room, huuuuuu....peluh2 lah saat nie, sakit lain macam.... bergilir2 nurse datang nak sambut baby.. heee~ akhirnya, pada 6.50 pagi baby ku berjaya keluar dengan selamatnya.
Alhamdulillah Syukur Pada MU Ya ALLAH......
Air mata mengalir di pipi melihat kurnian dari Nya.....
Inilah dia baby boy saya. Berat 3.09 kg. Sama kan macam muka ibu dia.. ehee~
Jam 9.00 pagi - Saya dan baby di hantar ke wad. Keluar dari pintu wad bersalin, kelihatan suami dan emak sedang menungguku. kesiannye mereka, tunggu lame kan, mesti x tidur menunggu di sepanjang malam hingga ke pagi. sobb..sobb..sobbb......
Sayang Sangat......<3 <3 <3 ~
Ayah dan baby.... terharu ke tengok anak awak tu yah?
Semoga menjadi ayah yang mithali ye... eheee~
Masa untuk balik ke rumah.... baby baring di pangkuan nenek, sayang x nampak gambar nenek.. hee!
Selamat Datang Sayang....
Mmmmm.....sebelum balik doktor ada bagitau yang baby ada kuning sikit, so kena la check up kat klinik kesihatan, hari2 la berulang ke klinik untuk check darah. 2 minggu gak la berulang check up. Hinggalah berjumpa dengan pakar kanak2, check darah dan air kencing.. Alhamdulillah ok je, lepas tu x de la berulang ke klinik lagi. Lama-lama hilang sendiri kuning tu.
Tapi macam2 jugak yang kami usahakan untuk hilangkan kuning tu. dari petua orang tua2 sampailah ke tabib cina. insyaAllah next post saya akan up pasal petua2 untuk kurangkan demam kuning pada baby okey! semoga berjumpa lagi pada next post! wassalam...
No comments:
Post a Comment